SOALAN LAZIM

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Ketidaksuburan?

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation, WHO), ketidaksuburan ditakrifkan sebagai kegagalan untuk hamil setelah lebih daripada 12 bulan mencuba tanpa menggunakan sebarang kaedah perancang keluarga.

2.Adakah Ketidaksuburan ini perkara biasa?
Ya. Malah kadar kesuburan negara kita dijangka menurun.
3.Adakah Ketidaksuburan ini masalah wanita sahaja?

Tidak. Kedua-dua suami isteri boleh mengalami masalah ini.

4.Apakah faktor-faktor Ketidaksuburan bagi lelaki?

Ada banyak faktor. Ia termasuk masalah testicular (buah zakar), fungsi ejakulasi, gangguan hormon ataupun masalah genetik.

5.Apakah sebab-sebab Ketidaksuburan wanita?

Perkara-perkara yang menjejaskan fungsi ovari wanita, tiub fallopian dan rahim boleh menyumbang kepada masalah ini.

6.Bagaimanakah doktor boleh mengesan masalah kemandulan ini?

Beberapa ujian akan dilakukan oleh doctor seperti permeriksaan fizikal kedua-dua suami isteri, imbasan ultrasound, ujian darah dan sebagainya.

7.Bagaimanakah masalah ini oleh dirawat oleh doktor?

Berdasarkan daripada pemeriksaan, doktor boleh memberi ubat subur atau melakukan pembedahan. Rawatan juga merangkaumi prosedur seperti IUI atau IVF/ICSI.